Friday, April 10, 2009

Ringkasan Tembual Dengan Bekas Naib Presiden Iran.

Mohammad Ali berkhidmat sebagai Timbalan kepada Presiden Mohammad Khatami bagi urusan perundangan parlimen dari 2001 hingga 2004. Dalam wawancara ini, beliau berbicara mengenai tawaran pihak reformis kepada Amerika Syarikat selama tempoh berkenaan dan tindakbalas Amerika, khususnya strategi dan kesilapan politik Presiden Bush dalam melabelkan Iran sebagai sebahagian dari “Axis of Evil" Beliau sangat tidak menaruh harapan tentang masa depan hubungan AS-Iran, ia menyatakan bahawa ketika ini suasana yang tegang "mendorong dan memanfaatkan terhadap pemimpin-pemimpin" dari kedua-dua negara. Ini adalah sebuah transkrip wawancara yang telah disunting dilakukan pada 29 Julai 2007.

Ketika itu, saya bermesuarat dengan Mr. Hamdan bin Zayed, menteri luar UAE. Kami ada mesyuarat sangat rahsia mengenai negara kami, terutamanya berkaiatan isu kepulaun Iran di teluk Parsi yang mana turut dituntut oleh UAE. Kami bermesyuarat tentang isu peluasan peta. Tiba-tiba salah seorang pembantunya masuk dan menjadi satu kejutan besar kepadanya, berita tentang apa yang berlaku di Amerika.

Selepas itu kami membuka TV, menara pertama telah diserang oleh kapal terbang, diikuti yang kedua turut runtuh. Perkara pertama kami fikirkan, tiada muslim yang terlibat dalam tindakan ini.

Saya fikir dalam dua jam pertama semua orang di negara itu mengalami kejutan, tidak mengetahui apakah yang berlaku sebenarnya. Saya maksudkan, Amerika ialah musuh kami, tetapi membuat satu keputusan mengenai beberapa situasi adalah sangat sukar, secara tepatnya kerana sebuah negara telah diserang, (dan) ianya tidak jelas mengapa ; di sana awan mendung ketidakpastian bergayut kepada kami pada mulanya.

Tetapi saya sangat gembira [mantan presiden Iran], Khatami, hanya beberapa jam kemudian, mengeluarkan pernyataan mengkritik tindakan itu. Ia adalah reaksi sangat penting kepada Iran, dan untuk membina dasar polisi di Iran, untuk mengeluarkan pernyataan seperti itu begitu cepat. Saya tahu keadaan dan perincian yang berkaitan dengan pernyataan itu. Khatami secara peribadi memutuskan untuk mengeluarkan pernyataan, dan dalam hal tersebut ia tidak bahkan berbincang kepada dengan penasihat terdekat. Ia juga tidak melakukan sebarng rundingan dengan para pejabat senior lainnya di negeri ini. Ia berdasarkan sebuah keyakinan peribadi yang snagat tinggi yang membawa tindakannya yang begitu cepat.

Jika peristiwa 9 / 11 tidak pernah berlaku pun, Iran adalah telah bermusuh dengan Taliban. bahkan sebelum 9 / 11, Iran berada di ambang perang dengan Taliban dan pasukan Iran telah pun ditempatkan di sempadan timur Afghanistan.


Secara historis, terdapat perbezaan utama antara Al Qaeda dan Taliban dan Iran. Dan kelompok terbesar yang memerangi Taliban adalah mujahideen [Afganistan] yang didukung oleh Iran, dan merupakan pengalaman mujahideen yang melakukan usaha terbesar bagi menumbangkan Taliban. Ianya cukup semulajadi bagi Iran untuk menggunakan setiap kesempatan untuk melakukan pukulan keras terhadap Taliban di Afghanistan.


Kami memiliki sedikit jangkaan, pada kemuncak perjuangan untuk melakukan reformasi yang jelas, tidak harus menjadi seperti seperti ini. Secara politiknya, ia adalah perkara yang aneh untuk dilakukan. Kami telah membantu untuk menjatuhkan Taliban - malahan membuka jalan kepada kerjasama yang lebih besar, mereka kembali menggunakan slogan - the "Axis of Evil." Itu adalah strategi besar Bush dan kesilapan politiknya.


Alasan utama untuk kesalahan ini, saya kira, ialah bahawa Amerika tidak mengetahui tentang Timur Tengah. Ketika perang Iraq berlangsung kami telah dimaklumkan tentang kepercayaan itu. Mereka benar-benar tidak memahami Timur Tengah dan wilayah kami. Setelah Iraq dan Afghanistan, mereka telah mengambil sebuah pendekatan untuk kejayaan penuh mengalahkan terorisme di dunia. Di rantau kami tidak ada seorang pun yang menyukai Taliban dan tidak ada seorang pun yang menyukai Saddam Hussein, tetapi karena mereka tidak memahami rantau itu, kedua-dua kes, yang mungkin telah memberikan kesempatan untuk mengalahkan terorisme, telah menyebabkan menularnya tindakan ekstrimis.


Pertama, kemampuan negara-negara di wilayah ini sangat berbeda dengan kemampuan Amerika Serikat, yang telah datang dengan semua kekuatan militer untuk mengalahkan terorisme. Kedua, saya bukanlah jurucakap kerajaan, tapi saya tahu bahwa masalah Palestina adalah salah satu yang telah memenuhi ruang waktu yang begitu lama.


Saya menganggap Israel sebagai sumber dari berbagai masalah serantau dan di dunia, dan pada dasarnya saya rasa nasihat yang diberikan Israel kepada Amerika Serikat merupakan alasan untuk kekalahannya di daerah kami. Kepentingan Israel telah diberikan prioriti di atas kepentingan Amerika. Ia bukanlah kepentingan AS untuk melihat tindakan ekstrimis menular kepada beberapa peringkat di wilayah ini.


Berkaitan dengan masalah Palestin, Khatami mengusulkan satu rancangan agar ada demokrasi yang sama seperti yang anda dapati di seluruh dunia. Mereka harus ada pilihanraya, dan setiap orang, apa pun agama, patut menyertai dalam kerajaan dan berhak untuk memilih kerajaan mereka. Malangnya, satu keperihatinan besar bagi cerdik pandai Timur adalah bahawa ketika kita berbicara tentang demokrasi, para pendengar bertanya kepada kami mengapa demokrasi terhenti di sempadan Israel.


Mengenai Iraq, saya fikir semua negara serantau telah mencampuri urusannya sana. Salah satu kesilapan terbesar besar Amerika Serikat adalah, jika tidak secara langsung, sekurang-kurangnya secara tidak langsung tersirat bahawa kumpulan Iraq tidak akan menjadi yang terakhir [to be tackled] di rantau itu ; ada kumpulan-kumpulan yang lain untuk ditempatkan di atas meja. Jadi adalah semulan jadinya bahawa semua negara di kawasan itu melakukan perkara yang terbaik untuk melihat isu rakyat Iraq yang tidak pernah diselesaikan, untuk kumpulan-kumpulan Iraq secara buka. Hal ini menyebabkan usaha semua negara di kawasan itu untuk mencampuri urusan di Iraq, yang menentang cubaan untuk menjajah Iraq, dan ini akan membawa proses demokrasi Iraq akan menemui kegagalan. Arab Saudi berperanan dalam hal ini; Syria mempunyai peranan khusus ; Turki turut berperanan. Dan Iran - saya akan menjelaskan mengapa peranan Iran berbeza dengan yang lain.


Perbezaan dalam kes Iran adalah, bahawa Iran merupakan pusat bumi bagi penganut Syiah di dunia. Iraq juga memiliki majority Shi'ah. Semulajaninya, terdapat common ground di antara kedua negara. Terdapat hubungan kekeluargaan, persamaan nilai-nilai agama ; Orang-orang Iraq berada dalam wilayah Iran pada beberapa titik temu. Maka kedua belah pihak telah banyak persamaan. Untuk beberapa waktu selepas pilihanraya demokrasi di Iraq, dakwaan terhadap Iran menengahi urusan di Iraq telah berkurangan, tetapi setelah pemusnahan kuil Samarra bab baru telah bermula. Orang-orang syiah telah mengambil peranan yang baru.


Seperti yang telah saya katakan, saya tidak berbicara sebagai jurucakap kerajaan, dan saya tidak tahu apa-apa tentang campurtangan Iran di Iraq, tetapi ada aspek-aspek lain untuk isu Iraq. Sebagai contoh, masalah nuklear Iran dan masalah-masalah lain [antara Iran dan AS] transformasi Iraq menjadi tempat yang baik bagi Iran untuk cuba menggunakan Iraq bagi mengatasi masalahnya dengan Amerika Serikat pada umumnya.


Di antara kelompok pembangkang Saddam dan negara-negara yang bertentangan dengan Saddam, jelas Iran dan Kuwait adalah dua negara penting. Sebuah perbezaan utama antara Iran dan Kuwait adalah bahwa rakyat Iran percaya bahwa Saddam harus dijatuhkan tanpa menggunakan cara untuk memaksa, dan rakyat Kuwait ingin melihat Saddam disingkirkan menerusi peperangan. Jika Saddam itu akan dihapus tanpa perang, jika ada kesempatan untuk melakukan sesuatu dari dalam atau melalui dialog atau tekanan lain, kami tidak akan memiliki banyak jenis krisis yang diikuti. tetapi saya cukup tidak mengetahui ada rundingan yang khusus atau perancangan antara Iran dan AS untuk menghapuskan Saddam Hussein dari kekuasaan.


Seperti yang saya jelaskan lebih awal, persoalan mengenai hubungan Iran-AS selalu - bukan hanya sekarang - memiliki elemen dalaman dan ianya bukan semata-mata sebuah isu politik luar negeri. Ianya penting untuk Iran, yang mana telah memiliki revolusi dan dan ingin memimpin dunia Islam, memiliki musuh besar dan penting seperti Amerika Serikat. Jadi secara lebih tepat banyak alasan dari inisiatif-inisiatif untuk mengatasi masalah dalam hubungan antara kedua negara yang selalu dipenuhi oleh halangan, karena keperluan menjadikan Amerika sebagai musuh dapat dikompromi. Dan di sisi lain, Amerika terus aktif memprovokasi tindakan terhadap Iran, mereka melanggar hak-hak Iran. Ini semua adalah dengan cara efektif, tetapi politik domestik selalu memiliki sesuatu untuk dilakukan dengan hubungan-hubungan.


Pertama-tama, saya ingin mulakan dengan bahagian terakhir soalan anda. Saya jangkakan bahawa tidak akan ada pertembungan ketenteraan antara Amerika Syarikat dan Iran. Kedua belah pihak sukar yang akan, terutama selepas Iraq. Mereka tidak begerak kea rah yang jauh ke depan untuk melakukan perang ketenteraan.


Yang kedua adalah bahwa pada saat ini, perkara yang negatif adalah bahawa baik di Iran dan Amerika Serikat, pemimpin di kedua negara tidak melihat diri mereka sebagai ahli politik, mereka juga melihat dirinya sebagai melaksanakan perintah Tuhan. Mereka telah meninggalkan tanah sedikit, dan itu sangat berbahaya bagi dunia.


Dan ketiga, menanggapi masalah domestik di Iran dan AS, hubungan antara Amerika dan Iran tidak akan segera baik bila-bila masa pun. Karena situasi pada saat ini, kurangnya hubungan-hubungan merupakan isu mendorong dan satu kapital yang berat oleh kedua pemimpin.


Saya ingin mengakhiri titik perbualan. Mendukung Taliban dan Al Qaeda adalah sebuah fenomena di negara-negara Arab ; kecenderungannya wujud di sana. Tetapi di Iran, kami tidak cenderung untuk dukungan seperti itu. Ini adalah sesuatu yang sangat penting. Dari berbagai sudut, termasuk dari perspektif agama - mereka sangat anti-Shi'ah - dan juga dari segi bahasa - mereka adalah Arab biasa - dan kami telah memiliki masalah sejarah hubungan dengan mereka, dan secara geografis, maka Taliban tidak dapat mengambil sumber-sumber di Iran. Hal ini sangat penting dan boleh menjadi ruang umum untuk membina kerjasama untuk melawan terorism, atau paling tidak gaya terrorism Taliban di wilayah ini.



http://www.pbs.org/wgbh/pages/frontline/showdown/interviews/abtahi.html#2

No comments:

Post a Comment