Showing posts with label Iran dan Afghanistan. Show all posts
Showing posts with label Iran dan Afghanistan. Show all posts

Saturday, April 11, 2009

Bekas Duta Amerika : Masa Untuk Berurusan Dengan Iran


Oleh James Dobbins, artikel asal - Time to Deal With Iran

Beberapa diplomat Iran telah muncul di Baghdad, dilaporkan berada di kawasan kedutaan Britain. London berharap campurtangan Iran akan membantu sepenuhnya mengurangkan penetangan militia Shiah terhadap pasukan penjajah yang diketuai oleh Amerika dan Iran akan menyokong penubuhan kerajaan sementara Iraq. Ini semestinya suara yang aneh kepada ‘telinga-telinga’ rakyat Amerika, kerana biasanya yang kedengaran ialah rejim Iran sebahagian dari "paksi kejahatan." Namun ini bukanlah kali pertama Tehran memberikan bantuan kepada Washington dalam siri “memerangi pengganas”.

Sebelum berlakunya ‘Operation Iraqi Freedom’ di Iraq dilancarkan, telah wujud ‘Operation Enduring Freedom’. Amerika cenderung untuk berpikir sebelum kampen untuk membebaskan Afghanistan adalah seperti langkah permulaan dan usaha mendominasi. Tetapi sebenarnya perang untuk menjatuhkan Taliban telah lama berlangsung sebelum penglibatan Amerika. Ia dilakukan oleh pasukan bersekutu yang terdiri dari Iran, Rusia, India dan Pakatan Utara. Setelah peristiwa serangan September 11, 2001, Amerika dan bergabung dengan pasukan ini, dan dengan tambahan kekuatan udara Amerika yang besar, Pakatan Utara boleh menawan bandar Kabul dan menurunkan Taliban dari kekuasaan.

Dua minggu setelah jatuhnya Kabul, semua kumpulan dan elemen-elemen utama pembangkang Afghan berkumpul bersama-sama di persidangan yang ditaja oleh PBB di Bonn. Tujuannya adalah untuk menubuhkan sebuah kerajaan baru yang memiliki ciri yang lebih luas menggantikan kerajaan Taliban. Sebagai wakil kepada kerajaan Amerika, saya bekerjasama dengan baik dengan delegasi – delegasi Afghan dan wakil-wakil negara lain yang mempunyai pengaruh besar di antara mereka ialah wakil-wakil dari Iran, Rusia dan India. Semua wakil-wakil ini bekerjasama dan menyumbang penuh kepada persidangan ini. Terutamanya wakil daripada Iran. Dalam dua kejadian, wakil Iran telah memberikan sumbangannya yang begitu menjadi kenangan. Versi asal perjanjian Bonn, seperti yang didraf oleh PBB dan diubah oleh wakil-wakil Afghan yang hadir terluput dua perkara yang penting, iaitu demokrasi dan memerangi pengganas. Wakil-wakil Iran telah mengesan kelalaian ini dan telah berhasil mendesak semula bahawa kerajaan Afghan yang baru perlu memberikan komitmen kepada dua perkara tersebut.

Perkara kedua lebih tegas. Ketika proses persidangan itu sudah menuju waktu penamat. Kanselir Jerman yang dijadulakan akan tiba untuk upacara penutupan. Namun kami masih kekurangan untuk menyetujui isu-isu utama : susunan untuk satu kerajaan sementara Afganistan. Pakatan Utara telah menyatakan ingin memegang 18 dari 25 portfolio kementerian, yang mana telah ditentang hebat oleh kelompok-kelompok pembangkang yang lain. Dari pukul 2-5 pagi wakil-wakil utama - dari Washington, Teheran, Moskow dan New Delhi - bekerja bersama-sama dengan wakil PBB, Lakhdar Brahimi, dan tuan rumah Jerman untuk meyakinkan delegasi Pakatan Utara yang keras kepala untuk berkompromi dengan yang lain.

Dua minggu kemudian Presiden Hamid Karzai dan kabinet barunya telah dilantik di Kabul. Delegasi asing yang paling senior, dipimpin oleh Menteri Luar Negeri Iran Kamal Kharrazi, telah berhenti di Herat sebagai satu cara atau usaha untuk mengambil salah seorang panglima, Ismail Khan, yang telah menghadiri dan menyokong kerajaan baru itu yang masih diragui oleh rakyat Afghanistan. Di persidangan untuk mendapatkan sumbangan di Tokyo pada bulan berikutnya, Iran telah berjanji memberikan bantuan $ 500 juta untuk pembangunan semula Afghanistan, satu jumlah yang terbesar dari negara-negara tetangga atau dari negara membangun.

Pada bulan Mac 2002, negara-negara penyumbang telah bertemu sekali lagi di Geneva bangi membincangkan keperluan keselamatan kerajaan baru Afganistan. Saya telah menemui diplomat Iran yang sama yang telah mebuktikan sumbangan yang cukup bermakna dalam perjanjian di Bonn. Pada kesempatan ini mereka bersama Jeneral Iran yang telah mengawasi dan mengirim bantuan ketenteraan kepada Pakatan Utara sejak beberapa tahun lamanya, sehingga memperoleh kemenangan di Afghanistan. Sebagai respon kepada permintaan Amerika bahawa masyarakat antarabangsa harus membantu untuk membina tentara kebangsaan Afghan yang baru, Iran menawarkan bantuan, pakaian dan melatih sebanyak 20.000 askar baru Afghan, dan untuk membina berek-berek tentera di Afghanistan.

Saya nyatakan, bahwa pasukan yang dilatih oleh Iranian mungkin bekerja denga satu doktrin militer yang berbeza dari apa yang diajarkan oleh jurulatih-jurulatih askar Amerika. "Janganlah bimbang," kata Jeneral Agung Iran itu, dengan nada separuh lucu, "kita masih menggunakan manual yang sama yang kamu (Amerika) tinggalkan pada tahun 1979 (selepas kejatuhan Shah Iran)." Saya mengutarakan bahawa tentera yang dilatih oleh Iran dan Amerika mungkin telah dipisahkan semangat kesetiaannya. "Baik," respon rakan saya, "kami telah melatih, dan melengkapkan peralatan dan meneruskan bayaran yang mana
dengannya kamu tumbangkan Taliban yang sekarang bergerak atas nama al Qaeda. Apakah kamu menghadapi masalah dengan kesetiaan mereka?" Saya terpaksa mengakui bahawa kami tidak.

Perkara ini dan tawaran Iran untuk bekerjasama mendukung kerajaan Karzai dan menentang al Qaeda dan kumpulan ekstrimis yang lain sepatutnya telah dilaporkan ke Washington dan dibahas di kabinet. Tidak ada yang pernah ambil peduli. Setiausaha Negara Colin Powell telah mengirim surat peribadi mengucapkan terima kasih kepada semua menteri luar negeri yang menghantar wakili di persidangan Bonn kecuali seorang wakil yang telah memberi sumbangan paling bermanfaat, iaitu Iran. Dialog dengan perwakilan Iran telah dihadkan pada tahun berikutnya, dianggap (perbincangan) tahap rendah dan pertukaran yang tidak meyakinkan, yang mana segera setelah pasukan AS memasuki Baghdad, kami telah menghentikannya.

Sememangnya, sekalipun diplomat Iran dan pejabat ketenteraan Amerika telah mendukung usaha untuk mengasaskan dan mempertahankan sebuah kerajaan baru selepas Taliban, orang-orang lain di Iran dengan hubungan pegawai tingginya mendukung kelompok-kelompok radikal Palestin seperti Hamas. Sokongan Iran kepada terrorism ini secara langsung merupakan tentangan kepada Israel, di samping program nuklear Iran dan keengganan Iran menyerahkan pemimpin senior al Qaeda dalam tahanannya, yang telah menyebabkan Washington menghadkan dan mengurangkan dialog dengan Teheran mengenai Afghanistan dan Irak.

terjemahan dari tulisan "Time to Deal With Iran" oleh James Dobbins, bekas wakil khas Presiden Bush ke Afghanistan yang telah berunding dengan bekasTimbalan Menteri Luar Iran, Muhammad Javad Zarif pada Perjanjian Bonn 2001. Artikel ini muncul di akhbar Washington Post pada 6 Mei 2004.

Friday, April 10, 2009

Hubungan Iran – Afghanistan.

Hubungan Iran-Afghanistan adalah hubungan antara dua negara berjiran di Asia Tengah. Hubungan ini telah dibentuk sejak pertama kali Afghanistan didirikan sebagai sebuah negara.

Afghanistan berkongsi begitu lama dan saling menjalin sejarah dengan Iran, sebagai bangsa yang pernah menjadi bagian dari Persia kuno. Terdapat juga hubungan mendalam dari aspek bahasa, dan masyarakatnya dan budaya. Sebagai dialek timur Parsi, Parsi Dari adalah bahasa yang dominan di Afghanistan, terutama dalam bidang pendidikan dan perniagaan. meskipun demikian, hubungan Afghanistan - Iran telah bergoncang semasa era modern, kerana penguasaan Taliban di Afghanistan pada tahun-tahun 1990-an dan berkala dengan sengketa hak pemilikan air dari Sungai Helmand sebagai isu utama saat permusuhan.

Setelah penjajahan Soviet dari Afghanistan, yang ditentang oleh Iran, hubungan merosot. Konsulat Iran yang ditutup di Herat, sebagai balasan, iran menutup konsulat Afghan di Mashad. Iranians yang mengkritik pelanggaran melampaui batas periodik berikutan penjajahan Soviet. Pada tahun 1985, mereka mendesak feuding Afghan Shi'a kelompok perlawanan untuk bersatu untuk menentang Soviet. Iran menyokong pemberontak Afghanistan dan memberikan bantuan terhad dalam kewangan dan ketenteraan kepada pemimpin pemberontak yang berjanji kesetiaan kepada visi revolusi Iran. Iran memberikan perlindungan sekitar 2 juta pelarian Afganistan, meskipun ia menolak untuk menerima lebih banyak pelarian pada tahun-tahun kemudian dan sememangnya mereka berusaha untuk memaksa mereka untuk pulang ke Afghanistan.

Berikutan munculnya penguasaan Taliban dan perlakuan kasar mereka terhadap minoriti Shi'ah Afghan, Iran mula meluaskan bantuannya kepada pihak Pakatan Utara. Hubungan dengan Taliban semakin buruk selanjutnya pada tahun 1998 setelah pasukan Taliban menangkap konsulat Iran di Mazari Sharif dan membunuh diplomat Iran. Selepas kejadian ini, Iran hampir berperang dengan Taliban di wilayah Afghanistan namun campurtangan Majlis Keselamatan PBB dan Amerika Syarikat telah menghalang serangan daripada Iran.

Sejak tahun 2001, pemerintah baru kerajaan Hamid Karzai telah terlibat dalam hubungan begitu mesra dengan Iran dan Amerika Syarikat, sekalipun hubungan antara Amerika dan Iran semakin tegang kerana bantahan Amerika terhadap program nuklear Iran. Namun, ketegangan hubungan dengan Amerika Serikat tidak menghalang Teheran mengukuhkan kerjasama ekonomi dan perdagangan dengan Kabul. Iran merupakan kunci utama dalam penggulingan Taliban dan telah membantu kembali ekonomi dan infrastruktur Afghanistan.

Iran telah melibatkan diri dalam projek membina jalan, saluran penyiaran, dan stesen-stesen perbatasan, antara projek infrastruktur lain yang akan menjadikan hubungan kedua negara lebih baik. Selain itu, perdagangan antara kedua negara telah meningkat secara drastik sejak penggulingan Taliban pada tahun 2001. Kolonel Christopher Langton, ketua Analisis Jabatan Pertahanan untuk ‘International Institute for Strategic Studies’ di London, mengatakan Iran merupakan suatu negara penting dalam pembinaan dan pembangunan Afghanistan pada masa depan, menyatakan:

"Mereka menjadi bekerjasama rapat menerusi usaha melawan Taliban pada masa lepas, juga kerana pengaruh yang boleh dibawa oleh Iran terhadap penduduk Hazara [minoriti Shi'ah Afghan]. Dan dalam sektor pembangunan, sudah ada projek yang mana melibatkan Iran - misalnya, pembinaan jalan dari bandar Abbas di Teluk Persia atas melalui Afghanistan ke Asia Tengah yang sangat penting untuk projek masa depan Afghanistan, " kata Langton. "Terdapat senarai daftar penglibatan politik, ekonomi, dan masalah keamanan yang menghubungkan Afghanistan dan Iran.

Menurut pengerusi Majlis Perdagangan dan Industri Afghanistan, eksport Iran ke Afghanistan pada 2008 sebanyak $800 juta. IRNA pula melaporkan Mohammad Qorban Haqju berkata bahwa Iran mengimport $ 4 juta nilai produk seperti buah-buahan segar dan kering, mineral, batu permata, dan rempah ratus dari Afghanistan. Dia mengatakan Iran pula mengeksport produk minyak, simen, bahan pembinaan, karpet, peralatan perabot rumah, dan alat pencuci.

tenteradajjal.blogspot.com